TIPS & IDEA KARANGAN ( KETIGA )
Saya akan mengajar satu tips yang amat berguna dalam blog saya ini sebagai tips ke - 3 . Saya akan menggunakan 2 buah karangan yang sama untuk membina ayat contoh dengan menggunakan setiap tips yang saya ajar.
URL BLOG SAYA >>> http://tipskarangan.blogspot.com
BERIKAN URL BLOG SAYA KEPADA KAWAN ANDA JUGA !!!
URL BLOG SAYA >>> http://tipskarangan.blogspot.com
BERIKAN URL BLOG SAYA KEPADA KAWAN ANDA JUGA !!!
____________________________________________________________________________
TIPS & IDEA KETIGA #3
*** TIPS KETIGA = PUNCA , KESAN DAN CARA MENGATASI .***
Pelajar boleh menulis PUNCA , KESAN dan CARA MENGATASI sebagai ayat HURAIAN untuk setiap ISI PENTING yang anda tulis dalam SETIAP PERENGGAN. Dengan menulis PUNCA , KESAN dan CARA MENGATASI , karangan yang anda tulis akan menjadi lebih padat dengan isi dan berinformatif. Ini dapat membantu para pelajar untuk mendapat markah yang lebih tinggi dan baik .
在写作文中
需要写出原因,影响,
和解决问题的方法
### MESTI TULIS TIPS PUNCA, KESAN DAN CARA MENGATASI ###
A.) KARANGAN KEMALANGAN JALAN RAYA.
( ISI PENTING > SIKAP PEMANDU )
- PUNCA = Punca utama kemalangan jalan raya berlaku disebabkan oleh sikap pemandu yang tidak bertanggungjawab.
- KESAN ( BURUK ) = Kesan daripada sikap pemandu yang tidak bertanggungjawab ini telah menyebabkan kadar kes kematian kemalangan jalan raya semakin meningkat.
- CARA MENGATASI = Pemandu perlu mengubah sikap mereka dan memandu secara lebih berhemah.
( ISI PENTING > KEADAAN CUACA )
- PUNCA = Banjir kilat yang sering berlaku ketika musim tengkujuh merupakan antara punca yang menyebabkan kemalangan jalan raya berlaku.
- KESAN ( BURUK ) = Hujan yang berterusan telah menyebabkan jalan raya menjadi licin dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan kes kemalangan jalan raya.
- CARA MENGATASI = Pemandu harus mengurangkan had laju ketika memandu dalam hujan.
( ISI PENTING > KEADAAN JALAN RAYA )
- PUNCA = Keadaan jalan raya yang rosak dan berlubang juga menjadi salah satu punca kemalangan jalan raya berlaku.
- KESAN ( BURUK )= Lampu isyarat dan lampu jalan raya yang rosak akan mengakibatkan keselamatan pemandu tergugat.
- CARA MENGATASI = Pihak berkuasa harus membaiki semua kerosakan jalan raya dengan segera.
B.) KARANGAN SEMANGAT KEJIRANAN.
( ISI PENTING> GOTONG-ROYONG )
- PUNCA = Kesibukkan bekerja menjadi salah satu punca semangat kejiranan semakin luntur dalam kalangan masyarakat setempat.
- KESAN ( BURUK ) = Hubungan antara jiran tetangga akan menjadi renggang
- CARA MENGATASI = Kita harus meluangkan masa untuk melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong yang diadakan di kawasan tempat tinggal kita.
( ISI PENTING > ZIARAH-MENZIARAHI )
- PUNCA = Sikap mementingkan diri sendiri semakin menebal dalam diri generasi muda masa kini sehingga tidak mengenali jiran sebelah.
- KESAN ( BURUK ) = Kita akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pertolongan daripada jiran sekiranya kita tidak mengenali mereka.
- CARA MENGATASI = Budaya ziarah-menziarahi harus dipupuk sejak dari kecil agar semangat kejiranan dapat ditanam dalam diri generasi muda.
( ISI PENTING > MENGADAKAN RUMAH TERBUKA )
- PUNCA = Kemajuan dalam sistem telekomunikasi yang mencipta pelbagai aplikasi media sosial telah menjadi antara salah satu punca utama semangat kejiranan semakin luntur.
- KESAN ( BURUK ) = Remaja sekarang terlalu asyik bermain aplikasi dalam telefon pintar, langsung tidak bertegur-sapa dengan jiran mereka.
- CARA MENGATASI = Pihak kerajaan harus mengadakan majlis rumah terbuka bagi merapatkan kembali hubungan silatulrahim masyarakat setempat.
>>> BERSUSAH-SUSAH DAHULU,
BERSENANG-SENANG KEMUDIAN. <<< OK
No comments:
Post a Comment