Sunday, 18 March 2018

10 TIPS KARANGAN UPSR, PT3 & SPM . # TIPS PERTAMA ***

TIPS & IDEA KARANGAN (PERTAMA)


Saya seorang guru tuisyen di rumah. Saya mendapati terdapat ramai pelajar yang menghadapi kesukaran dan ketandusan idea untuk menulis perkataan yang mencukupi untuk setiap karangan peperiksaan PT3 dan SPM. Saya menulis blog ini bertujuan untuk mengajar para pelajar TIPS-TIPS dan IDEA-IDEA menulis karangan yang lebih panjang. Pelajar harus mengetahui bahawa anda perlu menulis sekurang-kurangnya 2 buah karangan bagi setiap peperiksaan Bahasa Melayu. Jumlah markah untuk 2 buah karangan Bahasa Melayu tersebut telah merangkumi sebahagian BESAR daripada JUMLAH KESELURUHAN  markah matapelajaran BahasaMelayu anda. Oleh itu, pelajar harus menulis karangan yang lebih baik agar mendapat markah yang lebih tinggi.

Saya ingin MENGINGATKAN para PELAJAR bahawa anda perlu LULUS MATAPELAJARAN BAHASA MELAYU UNTUK MENDAPAT SIJIL SPM. Oleh itu, saya telah berusaha untuk menulis blog ini dan berharap sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar untuk mempelajari cara untuk menulis karangan yang lebih panjang serta mempunyai patah perkataan yang mencukupi .

TINGKATAN 1 - 3 : 180 PATAH PERKATAAN
TINGKATAN 4 - 5 : 350 PATAH PERKATAAN 


LINK URL BLOG SAYA >>> https://tipskarangan.blogspot.com
Berikan LINK URL saya kepada kawan anda juga.

                                                                                                                                   

TIPS & IDEA PERTAMA #1

*** TIPS PERTAMA = ORANG *** (  rén )

Saya ingin mengajar para pelajar tips pertama iaitu menulis ORANG ke dalam karangan . Pelajar harus memilih 3 - 4 daripada 6 orang yang saya tulis di bawah ini dan cuba untuk menulisnya ke dalam  karangan anda. Pelajar mesti memilih orang yang bersesuaian dengan tajuk yang hendak ditulis. Pelajar perlu menulis " APA TINDAKAN YANG HARUS DILAKUKAN OLEH ORANG TERSEBUT " mengikut isi penting yang sedang ditulis.  作文中写3个以上的人

Pelajar harus menulis ORANG di dalam setiap karangan. Pelajar perlu menulis APA YANG HARUS DILAKUKAN OLEH ORANG tersebut mengikut isi penting yang sedang ditulis atau tajuk karangan. Pelajar TIDAK perlu menulis semua kelima-lima orang yang berikut, pelajar hanya perlu memilih 3 atau 4 orang di bawah ini dan menulisnya ke dalam karangan mengikut 1 . PIHAK KERAJAAN  (   1. PIHAK KERAJAAN ( 政府 Zhèngfǔ )

1. PIHAK KERAJAAN ( 政府 Zhèngfǔ )

A) Pihak kerajaan harus menguatkuasakan undang-undang agar kadar kes kemalangan jalan raya dapat dikurangkan. (KARANGAN KEMALANGAN JALAN RAYA)

B) Pihak kerajaan sentiasa menggalakkan rakyat supaya menubuhkan persatuan rukun tetangga untuk mengeratkan hubungan silatulrahim sesama penduduk. (KARANGAN SEMANGAT KEJIRANAN)

2 . PIHAK SEKOLAH  ( 学校当局 Xuéxiào dāngjú ) 

A) Pihak sekolah perlulah mendidik murid-murid supaya mematuhi undang-undang jalan raya. (KARANGAN KEMALANGAN JALAN RAYA)

B.) Pihak sekolah haruslah mengadakan lebih banyak aktiviti-aktiviti berkumpulan yang melibatkan murid-murid daripada pelbagai kaum untuk bekerjasama. (KARANGAN SEMANGAT KEJIRANAN)

3 . IBU BAPA  ( 父母 Fùmǔ )
A.) Ibu bapa perlu menasihati anak-anak mereka untuk memandu secara lebih berhemah. (KARANGAN KEMALANGAN JALAN RAYA)

B.) Ibu bapa haruslah menggalakkan anak-anak mereka untuk bergaul mesra dengan jiran mereka yang berlainan bangsa dan agama. (KARANGAN SEMANGAT KEJIRANAN)

4 . KITA  ( 我们 Wǒmen )

A.) Kita mestilah sentiasa mengutamakan keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain . (KARANGAN KEMALANGAN JALAN RAYA)

B.) Kita harus menolong jiran yang menghadapi masalah dengan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan. (KARANGAN SEMANGAT KEJIRANAN)

5 . MEDIA MASSA  ( 大众媒体 Dàzhòng méitǐ )
A.) Media massa harus menyiarkan lebih banyak iklan-iklan untuk menyedarkan orang ramai tentang akibat daripada melanggar undang-undang jalan raya. (KARANGAN
KEMALANGAN JALAN RAYA)

B.) Media massa harus memaparkan program-program televisyen yang menekankan kepentingan hidup berjiran. (KARANGAN SEMANGAT KEJIRANAN)

6 . MASYARAKAT ( 社会 shèhuì )
A.) Masyarakat berasa bimbang tentang keselamatan diri dan ahli keluarga yang sering terdedah dalam bahaya ketika menggunakan jalan raya. (KARANGAN KEMALANGAN JALAN RAYA)

B.) Masyarakat perlu memberi teguran dan nasihat kepada golongan muda sekiranya mereka melakukan sebarang kesalahan. (KARANGAN SEMANGAT KEJIRANAN)


Pelajar dapat melihat saya telah memberi contoh dengan menggunakan 6 orang yang tersenarai di atas melalui 2 buah tajuk karangan yang jauh berbeza iaitu ( KARANGAN KEMALANGAN JALAN RAYA  yang merupakan KARANGAN BERBENTUK MASALAH ) dan ( KARANGAN SEMANGAT KEJIRANAN yang merupakan KARANGAN BIASA . ) Ini dapat membuktikan bahawa 6 orang di atas amat sesuai untuk ditulis dalam pelbagai jenis karangan. Dengan cara ini, pelajar akan dapat menulis lebih banyak perkataan dan karangan anda akan menjadi lebih panjang.

***  USAHA TANGGA KEJAYAAN  ***

JANGAN MALAS MEMBUAT KERJA SEKOLAH !!!

Nantikan post saya yang seterusnya untuk mempelajari lebih banyak tips-tips yang lain tentang cara untuk menulis karangan yang lebih panjang. Saya akan berasa sangat gembira sekiranya mengetahui tips-tips menulis karangan saya ini dapat membantu para pelajar untuk lulus peperiksaan Bahasa Melayu. BERIKAN PANDANGAN DAN KOMEN ANDA DI KOTAK KOMEN DI BAWAH INI. 

No comments:

Post a Comment