Tuesday, 11 September 2018

10 TIPS KARANGAN UPSR, PT3 & SPM. # TIPS KELAPAN ***

TIPS & IDEA KARANGAN #8 

SAYA INGIN MENGAJAR TIPS YANG DAPAT MENAMBAH MARKAH KARANGAN PEPERIKSAAN ANDA. PELAJAR HARUS MENULIS TIPS * PERIBAHASA * UNTUK MENDAPAT MARKAH YANG LEBIH TINGGI. 

URL BLOG SAYA >>> http://tipskarangan.blogspot.com
BERIKAN LINK URL BLOG SAYA KEPADA KAWAN ANDA JUGA !!!


_____________________________________________________________

*** TIPS KE-8 = PERIBAHASA ***

PERIBAHASA

1.)  MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA. ***
MAKSUD : Mendidik anak-anak hendaklah semasa kecil. 
   教育应该从小开始 Jiàoyù yīnggāi cóngxiǎo kāishǐ
CONTOH = Ibu bapa harus mendidik anak -anak mereka sejak dari kecil bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungya. 

2.)  BAGAIMANA ACUAN , BEGITULAH KUIHNYA. ***
MAKSUD : Anak yang akan mengikut sifat dan perangai ibu bapanya. 
   比喻有其父必有其子 Bǐyù yǒu qí fù bì yǒu qí zi
CONTOH = Ibu bapa perlu menjadi teladan yang baik kepada anak-anak bak kata orang tua-tua bagaimana acuan , begitulah kuihnya . 

3.) DI MANA ADA KEMAHUAN , DISITU ADA JALAN
MAKSUD : Kalau seseorang mempunyai cita-cita, dia akan berusaha untuk mencapainya. 
   有志者事竟成. Yǒuzhì zhě shì jìng chéng.
CONTOH = Setiap masalah pasti mempunyai jalan penyelesaiannya bak kata mutiara dimana ada kemahuan , disitu ada jalan. 

4.)  SUDAH TERANG LAGI BERSULUH. 
MAKSUD : Bertanyakan sesuatu yang sudah diketahui. 
   众所皆知 Zhòng suǒ jiē zhī
CONTOH = Sudah terang lagi bersuluh pencemaran membawa banyak kemudaratan. 

5.) BERAT SAMA DIPIKUL , RINGAN SAMA DIJINJING. 
MAKSUD : Suka duka sama ditanggung.
    有福同享,有难同当 Yǒufú tóng xiǎng, yǒu nán tóng dāng
CONTOH = Semua pihak harus bekerjasama untuk mengatasi masalah banjir bak kata pepatah berat sama dipikul , ringan sama dijinjing. 

6.) BAGAI AUR DENGAN TEBING. 
MAKSUD : Tolong-menolong antara satu dengan yang lain.
   互相扶持 Hùxiāng fúchí
CONTOH = Hubungan kejiranan antara Salmah dan Mei Yan bagai aur dengan tebing.

____________________________________________________________
GUNA PERIBAHASA INI DALAM PELBAGAI JENIS KARANGAN. PELAJAR DAPAT MENULIS KARANGAN YANG LEBIH BAIK DENGAN MENGGUNAKAN PERIBAHASA.

# TINGKATKAN USAHA ANDA.
# SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF.